Pilihan Bahasa : Bahasa Malaysia | English | |||||||||||||||||
![]()
KOMPLEKS SERI PERDANA![]() Kompleks Seri Perdana merupakan kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia dan tempat menyambut serta meraikan majlis-majlis bersama Ketua-ketua negara, Ketua-ketua Kerajaan, Pembesar-pembesar negeri dan orang ramai. Selaras dengan prinsip Seri Perdana sebagai kepunyaan rakyat, bahagian-bahagian tertentu Seri Perdana iaitu Blok Protokol dan Blok Bankuet dibuka kepada orang ramai. Terletak di Persiaran Seri Perdana, Presint 10 Putrajaya, kompleks ini mencerminkan keunggulan seni bina, landskap dan reka bentuk yang menggabungkan warisan sejagat reka bentuk Melayu, Islam dan Eropah. Seri Perdana dibina pada 1997, di atas tapak seluas 42.5 ekar mengikut kontur anak bukit dengan mengekalkan struktur geografi alam semula jadi selaras dengan konsep perancangan Putrajaya sebagai sebuah Bandaraya Taman.
BLOK PROTOKOL![]() ![]() Merangkumi beberapa bilik utama yang digunakan untuk menyambut dan meraikan Ketua-ketua negara, Ketua-ketua kerajaan dan Pembesar-pembesar luar dan dalam negara.
BLOK BANKUET![]() ![]() Merangkumi dewan bankuet rasmi dan galeri pameran.
MAKLUMAT LAWATAN![]() Jadual bagi hari-hari yang dibenarkan lawatan adalah seperti berikut :
*Tempoh lawatan selama 1 jam 30 minit.
Bagi lawatan guided tour, sila hantar permohonan anda secara BORANG ONLINE atau email : ke
MAKLUMAT PERHUBUNGAN
Sebarang pertanyaan, sila alamatkan kepada :
©2016 SMPKE, Pejabat Perdana Menteri
| |||||||||||||||||
PENAFIAN: Laman web ini dan Bahan yang disediakan "sebagaimana adanya" dan "sebagaimana tersedia", tanpa jaminan jenis apapun, samada tersirat, tersurat mahupun dari segi
undang-undang. Pejabat Perdana Menteri Malaysia dan Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas setiap kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan
setiap maklumat atau Bahan yang diperolehi dari laman web ini.
Syarat & Terma | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta STATISTIK PELAWAT : Atas Talian » 1 | Hari ini » 10 | Semalam » 22 | Minggu » 186 | Bulan » 643 | Keseluruhan » 154472 Sumber : Laman Web Kompleks Seri Perdana | Last Update : 10.02.2016 Paparan terbaik 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ dan Internet Explorer 8+ ©2011 Hakcipta Terpelihara SMPKE, Pejabat Perdana Menteri |